Friday 19 December 2014

Kerja Mendobi Pakaian Baby



Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah, esok 20 Dis 2014 genaplah usia kandungan  cikzann ke 37 minggu.  Bila2pun dah boleh bersalin, tak semestinya ikut tarikh jangkaan yg diberi doktor . Tapi  ikut pengalaman2  lepas, cikzann  selalunya bersalin dalam minggu ke 38 + gitu.. tak pernah lewat dari tarikh  jangkaan, dan selalunya awal.. Tunggu ajelah..

Kerja dobi mendobi  pakaian baby dah siap dilakukan 2 minggu yang lepas, sejurus balik dari bercuti di kampung  suami di Kelantan.. tak sabar sebenarnya nak mendobi. Haruslah kannnn.. Untuk mencuci baju baby cikzann guna pencuci Pureen ABD.  Sabun ni memang wangi  dan baju pun lembut je bila kering.. tak nyesal cikzann beli..

Bila kumpul kesemua pakaian yg nak dibasuh, barulah perasan banyak jugalah yang dah  dibeli.. semua baju baby kali ni, boleh dikatakan  semua yang baru.. Cuma ada sepasang  je baju, sehelai selimut , dua helai kain bedung dan dua helai barut  Hafiy yang cikzann pertimbangkan digunakan  untuk baby.. ye lah, dah nak masuk 5 tahun pun usia abang Hafiy.. simpan  lama2 pun kadang kala boleh buat baju  tu jadi nampak buruk/kuning..
Kerja mendobi ni, handwash aje la..  rendam lebih kurang, sental skit  je.. dah siap. Bilas air, dan keringkan  guna mesin basuh..

Menjemur kali pertama

ni menjemur kali kedua..  sib baik cuaca hari ni ok..


yang ni tunggu untuk disidai.. kain lampin

set tilam dibeli di Rantau Panjang, manakala sarungnya minta kakak jahitkan..  lembut sungguh kain sarung tilam ni.. cikzann beli di Alamoda Kuantan. 

 Kain barut baby dapat 6 helai.. juga handmade by kakak cikzann
yang hijau biru tu, kain bedung baby.. dibeli di Kamdar..kain jenis flannel. Lembut dan gebu sangattt


da siap dilipat.. lepas ni boleh lah dipilih untuk bawa ke hospital nanti..
Alhamdulillah, dah 99% siap kelengkapan disediakan.. cuma ada sket2 je lagi yang belum beli..
Next entry, cikzann nak tunjukkan ubat2an yang cikzann dah beli untuk berpantang.. Kali ni, takde Nona Roguy, Sendayu Tinggi dan Nyonya Mener seperti yang pernah cikzann guna dah.. Nak cuba yang lain plak..



Semoga Allah mempermudahkan semuanya.. doakan cikzann dan baby selamat  ye.. Aminn..


Monday 13 October 2014

Kelengkapan Menyambut Baby

ASSALAMUALAIKUM WRT..  Masa terus berlalu.. 4 hari lagi, genaplah 28 weeks cikzann pregnant..  Anak ke-5, InshaAllah. Doakanlah kesihatan cikzann ye.  Boy or girl? belum  ada kesempatan lagi  nak buat 3D atau 4D scan.. atau biarlah rahsia?? Hihi.  teringin nak cuba buat di klinik WY Ko, kat Kuantan, jika ada kelapangan.

Persiapan kelengkapan baby cikzann dah mula sket2..     banyak  yg perlu dibeli.  Macam org pestaim nak dapat baby jugak, sebab tak banyak baju Hafiy yg boleh diguna semula.. tilam, selimut..semua kena beli baru..

Perasaan setelah 4 tahun tak beranak ni, gembira campur berdebar jugakla.  Gembiranya sebab si abang dan kakak, masing2 teruja nak dapat adik baby lagi.. setiap hari, mesti ada yang nak menggosok2 perut umminya ni.. pernah Harith anak sulung cikzann minta nak cium perut cikzann, setelah tu airmatanya bergenang.. dia kata kenapa tah tetiba dia rasa nak  keluar air mata bila cium perut ummi.. Huhu.. macam2  la anak2 ummi.. Hafiy plak siap mengaji  lagi di perut ummi, nak suruh adik dalam perut dengar..

Cikzann tak berkesempatan membeli barangan baby masa ‘sale’ yg gila2 macam yg selalu ada kat KL.. jadi, pergi ajela mana2 yg cikzann jumpa.. list barangan yg perlu ada utk menyambut adik baby dah ada dalam handbag.. dibawa kemana saja.. mana tau jumpa yg berkenan, boleh la beli terus.. setakat ni, ada la beberapa helai baju yg cikzann beli..
ini yg terbaru setakat ni.. beli di butik Anakku, Taman Tas Kuantan. Tertarik untuk pergi setelah melihat iklan besar di kedai tu, tertulis JUALAN GUDANG.. tapi tak berbaloi langsung pergi.. baju yg ada diskaun pun yg memang dah tak sepasang.. cuma tu je la yg cikzann beli.. beli la juga sebab takut somi cikzann bebel..


 
Dua pasang baju ni lak,  beli kat jualan Anakku di KB Mall.. masa balik kampung tuari.. harga sangat murah.. suka. tapi tak beli banyak sebab, duk berkira2 nak beli baju ikut jantina kalau dapat tau nanti.. sekarang ni beli yang dua2 boleh pakai.. tapi hati tertarik kat baju berenda2, warna pink.. owh..


Baju yg cikzann dan Husna pilih di kedai Manjaku Kota Bharu.. tempat pertama yg mengundang rasa cinta nak memborong.. suka sangat kedai ni.. semua ada.. beli tak banyak sebab bajet masa ni ciput, masuk kedai pun sekadar nak berkenalan dulu.. Lokasi berhampiran TESCO KB.. cikzann suka baju dan barangan jenama pigeon.. 


Bedak, botol susu dan tuala pigeon.. nanti kena tambah banyak lagi ni..


yg ni memang dalam stok cikzann.. kain bedung baby belum digunakan. Nanti kena tambah sehelai dua..


Ni plak, mitten and booties.. baru dua pasang.. setoking 2 pasang, tapi stoking silap beli yang girl punya..hehe
Kena tambah lagi, bila cikzann menjengah kedai Manjaku sebelah EC Mall Kuantan.. Mu tunggu aku datang.. Inshaa Allah..


Semoga dipermudahkan urusanku ini..
Aminnn..




Monday 1 September 2014

Kerja Hari Cuti


Dah lama tak meng ‘update’ blog ni.. tak sihat sikit.. jadi, mood nak menaip  hilang..  Hari ni, cuti rentetan Hari Merdeka semalam.. tapi cikzann ada kerja lain yg perlu dibereskan. Kemas mengemas rumah tamu kami di Gambang Damai. Boleh tahan penatnya.. tukar menukar cadar, mengemop lantai, mengemas dapur, dan mencuci bilik air..  keje cik suami meliputi  bab kebersihan lantai, sampah , cuci kipas dan kdg2 tlg tukar cadar.. eeeei, macam sikit je keje diakan?..

Masa check out bagi pelanggan rumah tamu kami sebenarnya pukul 12 tengahari, tetapi kekadang diberi kelonggaran jika tiada check in utk hari itu, terutamanya jika tetamu nak sembahyang zohor sebelum balik.. tadi Puan Julie sekeluarga dari KL baru je keluar. Menginap di Rumah Tamu Husna selama dua malam.. hantar anak daftar UMP, selebihnya masa dihabiskan di Bukit Gambang Waterpark..

Petang tadi, kerja kami dimulakan jam 4 ptg..tu pun setelah puas ronda2 di Kuantan Parade sambil membeli beg sekolah Harith. Dah beberapa hari, dia mengadu begnya rosak. Cuma tak sempat dan takde masa nak membeli. Di KP, sempat juga mengintai harga emas di Wah Seng dan Wah Chan.. ermm.. masih bertahan harganya. RM129. Duit oh duit.. di mana kau duit. Masa harga emas murahlah kalau nak dapatkannya.. Hati masih berkira2 dan berbunga2.. Kena menyimpan dan kerja kuat ni..huhu..

Ruang tamu kami..  


Ruang dapur.. set meja makan, peti ais, rice cooker, sandwich maker, pinggan mangkuk dan lain2 alatan memasak. Bahagian ni, boleh tahan penat gak nak mengemasnya. Peti ais kena cuci, keringkan dan tutup suis. Bila ada penyewa barulah dibuka semula.. Wah, bersinarnya lantai cikzann mop ekkk..

Bilik utama.. warna cadar tak tentu.. tapi selalunya, cikzan letakkan cadar yg lebih sepesel dari bilik lain.. cadar putih cikzann ada 3 set.. kekadang tak letak yg putih, sebab nak cuci leceh sket..
Abaikan selimut yg tak tersusun rapi tu.. kerja mengemas lum siap, dah sebukk nak ambik gambar..

Bilik utama lagi.. dalam almari putih tu, banyak bantal.. ada toto gak..


Bilik tengah. Selimut belum ada. Tunggu ada yg nak check in baru bawa.. 

Ni bilik belakang.. cikzann sediakan juga sejadah dan towel.. tapi malangnya dah beberapa helai towel cikzann ilanggg.. sedih tau. Sejadah pun ada yg ghaib..


Bilik belakang ni dekat dengan dapur.. 

Dapur yg simple dan bersih.. 


Penat lelah mengemas, hilang bila tengok rumah dah bersih.. alhamdulillah, tetamu cikzann selalunya jenis cermat.. jadi taklah lelah sangat. Syukurlah.. 
Selesai urusan dan sampai kat rumah, pukul 5.30ptg.. anak2 mcm kelaparan, walhal makanan dah siap sebelum cikzann tinggalkan mereka..siap dipesan jika lapar makan nasi tu.. yg mereka mkn cuma jagung bakar bawah saji aje.
Terus beri anak makan..sian mereka..






Tuesday 5 August 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Salam Aidilfitri buat semua.. rasanya belum terlambat untuk cikzann mengucapkannya. Kami sekeluarga menyambutnya  di Pahang dan balik juga ke Kelantan pada petang hari raya kedua. 


Seronoknya anak2 beraya.. 

Si kecil siap menghafal doa mandi sunat hari raya, yg diajarkan oleh cikgunya.. begitu terujanya dia nak beraya..


Beraya di rumah emak dipagi hari raya.. adik beradik, anak saudara berkunjung memeriahkan suasana.

Abang dari Johor pun balik beraya tahun ni.. adik plak beraya dengan isteri di Kemaman

Juadah lontong di pagi raya.. berkat kesabaran memasak walaupun keadaan kurang sihat. Spaghetti juga disediakan..


suami dan abang serta anak sedara cikzann..



Rakan sekelas Husna pun datang beraya..

Semoga hari raya memberi keberkatan dalam hidup kita semua.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H





Sunday 6 July 2014

Moh kita berterawih di Surau Subuh Kg. Luit..



Cikzann dan family berterawih di surau Subuh.. surau yang serba sederhana.. surau kayu yang lama.. Jemaahnya tak ramai.. tidak seperti di masjid yg mempunyai serba kelengkapan.
sebab itulah, walaupun kekadang badan rasa tak sihat, cikzann gagahkan jua diri ini untuk pergi..

Kami berenam selalunya tiba lebih awal sebelum masuknya waktu Isyak.. kerana Hafiy dan Husna perlu mengaji terlebih dahulu. Alhamdulillah, anak2 terang hati belajar dalam bidang agama ini.. walaupun baru berusia 4 tahun, Hafiy sudah petah dan mengenal huruf dengan baik.. manakala dalam usia 8 & 9 tahun, Hasif dan Harith sudah khatam al- Quran sebanyak 2 kali.. Alhamdulillah, ibu mana yg tak gembira melihat anak yg dilahirkan dapat membaca al Quran sebegitu lancar..

04 Ramadhan,  giliran family kami yang membawa makanan moreh setelah selesai  berterawih. Disebabkan kepenatan, dan jatuh pada hari bekerja... maka cikzann masak makanan yang paling mudah dan cepat.. hurmm.. mee goreng.. 6 bungkus kesemuanya. Lenguh jugalah cikzann nak menyiapkannya.
Walau apapun, jika kita melakukannya dengan ikhlas.. Insha Allah, hilang segala keletihan itu.. 


Walaupun kami tak ramai, tetapi suasananya sangat meriah.. 
Syukur ya  ALLAH, semoga mempermudahkan kami melakukan ibadah di bulan penuh kemuliaan ini.
Aminnn..


Udang Goreng Butter / Buttered Prawn

Salam  Ramadhan ..


Menu berbuka puasa 08 Ramadhan tahun ni, salah satunya adalah udang goreng butter. Terima kasih yg tak terhingga kepada tuan empunya resepi yang sedap ini.
First time mencuba, dan alhamdulillah menjadi. Cuma mungkin telur kuning / floss tersebut terlebih garing. Namun ianya tetap sedap dan rangup hinggalah ke waktu bersahur..



Udang Goreng  Butter/Buttered Prawn 
Rujukan :  azlitamasammanis

Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 


Udang
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.  


Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. 

Setelah siap dikeluarkan dari kuali.. 

sedia dihidangkan..



Selamat mencuba!!


Saturday 5 July 2014

Puteri Mandi


Bulan Ramadhan menjengah tiba.. Syukur alhamdulillah kepada Yang Esa, kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini..  Awal puasa dengan kesihatan yang kurang baik, tetapi demi suami dan anak2 tercinta, cikzann gagahkan jua diri untuk memasak..

Untuk puasa hari ke tiga, cikzann teringin betul nak makan kuih puteri mandi atau juga dipanggil kuih kepek hidung..  haha.. apsal ye dipanggil macam tu??

Alkisahnya, ditempat kerja, cikzann dan rakan sekerja Nurul dah berbincang bersama nak buat kuih ini. Dengan penuh semangat, kami berkonvoi bersama ke kedai kelapa di pasar bandar Maran.. membeli kelapa parut, gula kerek, dan tepung pulut.. sambil membeli, kami tak henti2 menghafal dan berbincang resepi kuih puteri mandi ni.. hihi.. seronok pula bila ada yg satu kepala dengan kita..

Resepi Puteri Mandi

1 kampit tepung beras pulut
Kelapa parut RM2
Pewarna
1 cawan gula
1 sk air kapur
2 helai daun pandan
Garam

Cara  :
1.    Campur tepung pulut dengan air kapur & masukkan air sedikit2 hingga tak melekat di tangan. Bahagikan doh dengan warna pilihan. Gentel bulat dan picit ditengahnya.
2.    Masukkan dalam air mendidih. Apabila kuih timbul dipermukaan air, angkat menggunakan penapis teh dan masukkan kedalam bekas yg mengandungi air. 




biarkan seketika, dan toskan apabila ianya sejuk.

3.    Masakkan air, gula, garam. Biar menggelegak dan masukkan kelapa parut. Jangan lupa masukkan daun pandan. Kacau sampai pekat, barulah kuih puteri ke dalam kelapa yg dimasak. Gaul rata.


Kacau rata. perlahan-lahan..


Inilah hasilnya, menu cikzann petang tu..

Satu kampit setengah , dapat diagihkan ke rumah jiran, emak, kakak dan abang..
Sudahnya, tinggal semangkuk kat rumah..itupun tak berhabisan..
Mulut cikzann dan suami je yg merasa.. 
anak2, macam biasa.. 
macam tak terliur aje.


~  Jangan lupa mencuba ~