Friday 7 December 2012

Eh, petua la..






Pagi Jumaat ni, kita nak share kat semua.. tips sekerat dua ni.. Tips atau petua ni, takla marbeles sangat.. tapi insyaAllah baeekk punya.. 

1. Korang ada jerawat tak? Jerawat yang mengganggu keenseman dan kejelitaan korang? Tapikan, bagi saya kekadang jerawat ni boleh jadi pemanis jugakkan? Bagi  yang nak mengatasi masalah jerawat ni, cuba hancurkan panadol dengan air dan sapukan di atas kawasan jerawat sebelum tidur.  Lakukan selalu.. mudah -mudahan mujarab ..

2. Tip untuk mengelakkan ikan digoreng melekat kat kuali. Tips ni boleh elakkan pandangan orang yang kata korang tak pandai memasak.. walhal kuali tu yang buat hal..
Memanglah, kalau ikan dah melekat tu, rupanya sangat tak cantik.. Macam kita yang menggoreng ni tak pandai memasak.. Betul tak?

Terlebih dahulu panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian goreng asam jawa dalam minyak yang panas sehingga garing. Keluarkan asam jawa ini. Tambahkan sedikit lagi minyak. Apabila panas goreng ikan yang sudah dilumurkan dengan garam dan kunyit. Balik-balikkan ikan berulang kali jika bahagian sebelahnya masak. Apabila diangkat, anda akan dapati minyak yang digoreng dengan ikan sedikit pun tidak meninggalkan kesan kulit ikan. 

3. Limau kasturi juga boleh digunakan bagi mengelakkan ikan goreng melekat pada kuali. Titikkan sedikit perahan air limau kasturi dalam minyak. Kemudian panaskan minyak ini. Setelah itu goreng ikan seperti biasa. 

Tapi saya biasanya, letak secubit garam aje dalam minyak panas tu.. pastu goreng macam biasa.. rasanya, tip ni oke juga.. insyaAllah, tak melekat dah! 

4. Bagi mengelakkan mata pedih terutamanya jika mengupas dalam kuantiti yang banyak, rendam bawang seketika sebelum dikupas. Proses mengupas bawang menjadi lebih mudah tanpa memedihkan mata. Ermm..ni biasanya berlaku kat rumah-rumah kenduri.. selalunya diorang buat cenggini. Tapi saya plak lebih suka kupas bawang yang kering.. lagi senang.. 

5. Tugas-tugas mencuci bilik air akan menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan pencuci menyental lantai dan dinding bilik air dengan menggunakan scrub pencuci periuk dan pinggan mangkuk yang biasanya berwarna hijau. 

6. Jika mendapati pakaian kita terkena minyak, jangan dilembapkan dengan air. Biarkan ia kering dan lumurkan dengan sabun basuh. Sental sedikit agar minyak makanan tersebut hilang. 

7. Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.


Ermm.. korang ada petua tak? Jomla share sesama kita.  :)


Hidup tak semuanya indah...




Saya tersentuh membaca satu kisah.. 
Mungkin ianya direka untuk hiburan semata- mata..

tapi ada pengajaran terselit di dalamnya..

Kisah tentang  luahan seorang isteri.. ada seorang suami..yang tak memahami..

Mungkin berkahwin hanya untuk kepentingan diri.. 
tetapi tidak pandai menghargai.

Suami ini seperti buta dan tuli. Tidak peduli bahawa si isterinya  memerlukan perhatian si suami.. 
Tak hairanlah banyak kisah begini terjadi hari ini.. 

tapi diingatkan, 
bukan semua lelaki berhati tak murni..  ada ramai lagi lelaki berhati wangi!

----------

ye la, mana ada semua orang yang beruntung 
didunia ni kan?  
ada aje kekurangannya.. 

kekadang suami tak perasan tu semua.. 
dia rasakan semua ok, padahal hati kecil si isteri rasa sangat terguris, pedih dan sedih..

Cumanya, nak diingatkan di sini.. 

Wahai isteri,
walau apapun..janganlah terlalu mengeluh, 
buangkan rasa sangsi..
kerana  orang yang sering mengeluh akan mudah 
didekati syaitan..

Syaitan akan menyesatkan pemikiran manusia yang berada dalam kekusutan..

Ermm..pikir-pikirkanlah..

------------

Kalau difikir dari sudut lain pula..

Si isteri perlu sentiasa fikir positif.

Jangan membandingkan dengan mereka yang lebih bertuah (mendapat suami yang bertanggungjawab dan terbaik segalanya) 

tetapi 
bandingkanlah dengan mereka yang lebih malang.. 
sudah tentunya anda akan merasakan betapa anda 
lebih bertuah..

Kadang -kadang permasalahan tidak akan selesai dengan perbincangan, kerana manusia mempunyai ego yang tersendiri.. 
tapi mungkin permasalahan akan selesai dengan kesabaran.. 


-------------


Jumpa lagi..




Saturday 24 November 2012

Happening ke cuti?



Hi.. 
kat mana semua orang sekarang ni..
Jalan-jalan cari makan?
Melancong @ melencong..
balik kampung?
atau terperap aje kat rumah..  
jadi dugong (eh, apa tu hah??)..
makan tido, makan tido..

kihkih..



Kakak kau kat mana?

Ada..
Kat Pengkalan Chepa..
Balik kampung.. 6/7 hari.. 
Tak kemana pun.. 
Jejalan umah adik beradik aje.
Ada kat Pasir Pekan, kat Pasir Mas, kat Tanah Merah (area Manal)..

Jalan-jalan KB..

pegi beli tudung..  sonok membeli.. rasa puas hati..
Suami tunggu dalam kereta.. kakak kau aje yang gedik nak pergi sorang..
Bukan apa.. senang  nak memborong..
apa saja rasa berkenan dan mampu..boleh dibeli..takde orang nak bantah.. itu kelebihannya.
Dah masuk kereta, suami tak mampu berkata apa..
Hurmmm.. strategi bagus!

Baru pagi tadi.. pergi ke Bazar Tuan Padang..

Sebuah bazar baru di Kota Bharu.. 
Seronok memilih tudung kat situ.. 
Siyes best tau..

Banyak lagi bazar kat KB ni.. cuma tak sempat nak ziarah..

Bazar Tok Guru pun oke.


 Makan malam kat sebuah gerai.. pandang ke seberang jalan.. mataku terpaku..
ternampak sebuah kedai nasi lemak yang tersohor..
Ajihs Nasi Lemak..


Ini pula aktiviti makan durian di Jeli.. 
dusun buah kakak ipar..
Best la dapat makan free ni..
Makan le seberapa yang nak.. rambutan, manggis, duku..

Alhamdulillah..


--------


Dua tiga hari lepas.. gi Rantau Panjang.. 

Mak oi.. baju cantek- cantek la.. 
Ada yang kata takde kelas.
Akak peduli hape.. yang penting baju  tu cantik, menarik dan terletak bila dipakai kat badan gebu kakak kau ni.. eh, ye ke?
Wakawakaaaa...


_____________________________________


Esok nak balik dah..

Cuma beli gelembong buaya dan dodol sebagai buah tangan untuk keluarga kat Pahang..

Korang yang bukan Kelantanese tahu 

ke apa itu gelembong buaya?
Minat makan ni sejak kecil lagi.. 
Rasanya agak manis.. jangan la korang tibai banyak-banyak..
Makan sikit2 sudah la..
Warna oren dan hijau.. diperbuat daripada kelapa..












Cara masak.. 

Tak pernah tengok.. yang tahu ngap saja..
Lagipun ini makanan tradisional.. tak ramai yang tahu cara membuatnya..
Ala-ala candy la kiranya..

Oh..lupa.. satu lagi yang saya beli..

paling penting, buah tangan tambahan kat diorang.. 
budu cap tere.. sedozen.. nah hambik kau!
makanla sampai fenin..

LOL!






Selamat  bercuti.. :)




Monday 12 November 2012

Rumah Seram Seksyen 2


Saya tak pasti la korang pernah baca cerita ni sblm ni.
Tapi memang seram la.. Ada yang kata diorang baca sampai seram tahap 'bangang'. LOL. 
Tak tahu siapa nama asal penulisnya..
Cerita ni memang menggemparkan..
Dah lama..cuma saya aje yang baru baca.. 

Jom kongsi..

(byk ayat yg diringkaskan...ayat2 budak-budak sekarang, tapi takpelah, janji faham ceritanya)

Rumah seram seksyen 2, Shah Alam

Ini le rumah yang dimaksudkan tu.. ermmmm..
Ini le rumah yang dimaksudkan tu.. ermmmm..


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah ak nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le ak ngn kwn2 ak umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].



Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk uma tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg da kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran ak la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms ak nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki ak sampai jatuh dr katil. Kepala ak terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl ak bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape ak buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Ak lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan ak, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg ak kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati ak masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, ak tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut ak trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya ak dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn ak, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310



Ada beraniiii???


Sunday 11 November 2012

MUTIARA DOA



Doa apabila melihat sesuatu yang menakutkan

"AKU berlindung dengan kalimah ALLAH yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada kedatangan mereka kepada-Ku".


Doa untuk mengelak daripada bahaya

"APA  yang dikehendaki ALLAH tetap berlaku, tiada daya upaya melainkan dengan kuasa ALLAH".



Doa apabila ditimpa kemalangan termasuk kematian

"SESUNGGUHNYA kami adalah bagi ALLAH dan kami sekalian akan kembali kepada-Nya".


Doa memohon akhlak yang baik

"YA ALLAH, seperti  Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku".


Doa apabila terganggu dan terkejut tidur atau rasa kesepian

"AKU memohon perlindungan dengan kalimah ALLAH yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku".


Doa taubat

WAHAI  Tuhanku, maafkan aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha pemaaf dan yang mempunyai kemuliaan.


Doa mohon ketetapan iman

"WAHAI Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat".



 Aminnnn...



Sunday 4 November 2012

Tabiat burukkkk..




Salam semua
Ohayou gozaimasu (selamat pg)..

Rasa semput- semput je minggu-minggu akhir persekolahan ni..
menimbun kerja yang menanti..
Esok ada jamuan akhir tahun!
Apa menunya?
Biasalah, dengan budak2..simple je..
cukup kalau ada KFC.. dah suka sangat..
Ada juga tempah kek..dengan masterchef terkenal kat sini..
Hihi..

Menu tambahan, sate.. tempah kat kak Yah Taman Maran impian..
Lokasi rumah dia tak jauh dari rumah yg saya nak beli dulu..
Hampeh betul, da nak sign aggreement..
last-last tak jadi..

Geram juga.. saya suka rumah tu..
Rumah sederhana..tapi lokasinya bagus sangat!
Esok, pepagi lagi kena singgah ambil sate tu..
Nasi impitnya, saya kukus, grill ,panggang..
Kukus, grill, panggang..kukus!
Hish!!!!!
Tak abis- abis lagi demam masterchef!!!

Pagi  ini, bukak  netbook pink kesayangan..
Eh, nak tahu jenama juga ke..
Murah jek..

Konon- konon nak jawab 2, 3 soalan forum..
Nak ansur- ansur dah buat assignment belajar..
Ermmm..tapi, dah jadi habit saya yang burukla..
Bukan terus ke LMS Kirby International College!
Hape korang tahu??
Kakak kau sorang ni, macam -macam nak buka..
Sebelum sampai ke destinasi LMS..
Buka FB dulu.. jap je..
Baca yang menarik dari iLove Kelantan,  KelantanFA, The Red Warrior..

macam-macam..
Wan Zack Haikal ada, Farizal Marlias ada.. TS Anuar Musa pun ada.. 

Dah boring FB, saya buka cikguizanne.blogspot.com..
pastu blog ni..
Last barulah jawab forum Kirkby!
Oleh sebab, masa duk kat depan netbook ni dah lebih setengah jam,
maka jawab forum tak sampai 5minit..saya daaa fenin..
korang tahu apa..

fenin..fenin.. (kalau Puan Kamriah Jusoh baca ni.. gerenti kakak kau kena marah. Pensyarah BM kami yg hebat!)
Tehee..

Tutup netbook.
Ntah bila pula saya boleh sambung buka LMS tu..

Hrmmm..




Sunday 28 October 2012

-- Catatan Aidiladha 1433H --




Malam Raya Aidiladha 1433H

Masih resah gelisah.. (over betul!)
Tak tau nak buat hape..
Menu untuk raya esok tak rancang betul2 lagi.

nak mula memasak, liat sikit.
Petang tadi, dah pergi rumah mak. 
Tolong mak buat ketupat palas. 

Yang 3 segi tu.. boleh tahan. Pandai juga membungkus ketupat (selalu puji diri sendiri) :P

Nak kena selalu buat.. 
Baru jadi cantik.


Lepas solat Isyak
Balik dari surau, suami dan anak- anak terus ke rumah mak, tolong bakar lemang..
Manakala saya kat rumah aje. Malam  tu, baru nak  mula sikit -sikit potong bawang, rebus keledek, rebus daging.. 

Ni untuk menu utama raya korban esok hari.. Kononnya nak masak Mi Jawa..

Pukul 10.30malam, 
masih melekat kat depan tv.. tunggu cerita TALI kat tv2.. Best juga cerita tu.. Sekejap ke dapur, sekejap depan tv.. 
Tak boleh jadi ni.. 
Bila kerja saya nak siap!


Sambil layan tv, saya masuk ke dapur sediakan menu raya pertama.. Puding roti karamel.

Senang saja.. 
kukus , grill , panggang.. kukus , grill, panggang.. hihihi..

Mana ada.. kukus je lah..sejam kamudian masaklah ia..

Buat sebiji aje (seloyang).
Tak buat banyak-banyak.. sebab petang raya cadangnya nak balik ke Kelantan.

5.00 pagi, 10 Zulhijjah..
Saya dah bangun dari tidur yang lenaaaa...
Tengok jam, dah pukul 5pagi.. Neves gila! Macammana mi jawa saya..
Maka bertungkus lumuslah pagi tu.. 


6.30pagi- menu raya dah siap..
Taraaaa.. ini dia mi jawa saya.. 
tak sempat nak hias cantik- cantik 
cam dalam masterchef tu. 







Jemput makan..


Letak dalam mangkuk ni pun cuma nak ambik gambar saja. Tak lalu nak makan pagi- pagi ni..

Suami bangun, sembahyang dan siapkan anak dengan baju raya..
Sarapan, ambil emak untuk sama- sama ke masjid untuk sembahyang raya..


9.30pagi- kami ke lokasi penyembelihan lembu korban..
Kami ambil satu saja bahagian korban tahun ini..


Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) selain daripada menyembelih sembelihan (korban), sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban itu sampai kepada Allah sebelum  jatuh ke atas tanah maka sempurnakanlah sembelihannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Pak Abu, Pak Ali, Pak Haji..semua 
datang menolong



..gotong -royong melapah daging korban..




“Dan tunaikanlah solat (kerana Tuhanmu) dan sembelihlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 2)






Ramai juga yang hadir..  4 ekor lembu kesemuanya.. seronok tengok semangat gotong royong penduduk di sini..



7.00malam-
Kami bertolak ke Kelantan.
Nak isi minyak di stesen minyak Gambang (ikut lebuhraya Pantai Timur).. 
berderet kereta. 2 pam je yang ada minyak. 

Oleh kerana minyak masih lagi mencukupi, suami meneruskan perjalanan menuju Terengganu.

Cadangnya nak isi minyak di stesen Petronas Bandar Al-Muktafi billah Syah..


ermmm...minyak kat stesen tu dah habis! 
banyak kereta yang kehabisan minyak!  Kelihatan muka-muka yang hampa.. Macam mana nak teruskan perjalanan?? Huhu.. sian, tengok muka sedih diorang..

Syukurlah, stesen minyak Caltex di Bukit Besi jadi penyelamat!


12.30 tengah malam.. 
kami daa sampai.. This is Kota Bharu! 


terus tidur...
Ngantukkkk wei!!!!









Monday 1 October 2012

Cerita Jenaka - Bersalin kembar






Da lama tak ketawa kan?.. ketawalah sikit..

Kalau macam tu,  mari kongsi baca kisah lucu..

Kisahnya berlaku di sebuah hospital.. wad bersalin..

Kisahnya begini....

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka di ruang rehat sebuah hospital. 

Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Setelah beberapa lama menunggu,

seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu 
berkata kepada lelaki  A, 
“Tahniah! isteri Tuan telah selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki B, 
“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. 
Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga!  Kebetulan pula, saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua itu.


Setengah jam kemudian,  jururawat yang sama sekali lagi datang. Dia  memberitahu kepada lelaki C, 
“Tahniah!
 Isteri Tuan selamat. 

Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.


“Kembar empat!  Sungguh saya tak menduga kejadian ini,  saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.



Lelaki  D mula mundar-mandir kegelisahan. 

Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. 
Salah seorang lelaki tersebut  bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


Kihkihkih..
(ketawa sopan je tau..)







Tuesday 18 September 2012

Menu Raya : Roti Jala ala Izanne





Syawal dah berakhir.. 
tapi last Syawal tuari, saya menerima kehadiran sepasang tetamu.. 

Last2... sudi juga eh ekau datang beraya kat sini.. 

Sebagai meraikan tetamu terakhir nih..saya dengan rasa bangganya menyediakan diorang menu dari air tangan saya sendiri..takmo beli- beli..  takmo order- oder.. 


Inilah hasil air tangan saya.. Juadah untuk tetamu istimewa pada Syawal terakhir..



Dari kecil ke besar..haha.. ni hasil gulungan Husna--budak 4 tahun..rajin dia nak menolong!





Inila tetamu kami..sorang cekgu..sorang cekgi..


Juga sebagai memenuhi permintaan wanita yang mengidam..saya dengan senang hati memenuhi hajatnya.. Bukan menu hebatpun..tapi memerlukan sedikit kerajinan.. 

Kredit buat kakak ipar nun di Kelantan yang sudi beri tunjuk ajar buat roti jala ni.. 

Thxxx.. 


Resepi Roti jala ala Izanne 


Bahan-bahan: 

1 kg tepung gandum 
1 camca Pewarna kuning telur 
2 biji telur 
Perasa 

Cara-cara: 

Adun kesemua bahan dengan air secukupnya. Gunakan acuan roti jala, tebarkan adunan menggunakan acuan di atas kuali leper. 

Selamat mencuba..