Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, 14 April 2014

dari Maran ke Kota Bharu


Assalamualaikum wrt.

Jauh berjalan luas pandangan..
Perjalanan yg agak jauh dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan.. memanglah satu jarak yg tidak dekat.. melintasi betul2 sebuah negeri Terengganu.  Nasib baiklah,  Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)  iaitu dari Bukit Besi hingga ke Gemuroh, Kuala Terengganu sepanjang  72 kilometer  mempercepatkan sedikit masa perjalanan…



Perjalanan melalui jalan pantai.. singgah sebentar di Pantai Rhu Sepuluh.. berhenti betulkan urat2 lenguh jap. Anak2 pun happy, mengutip kulit2 siput. Maklumla..jarang jumpa pantai..

Singgah juga di gerai buah  tepi jalan di Besut.. musim panas menyebabkan berlakunya lambakan buah tembikai.. buah yg menjadi dan manis tatkala musim panas.. tapi, harga taklah murah.. sama dengan Tunas Manja di Maran juga la.. mungkin tembikai lebih murah di kawasan Pasir Puteh (Tok Bali dll)..





Di Tok Bali juga, tekak ini tertarik pada jeli kelapa.. ermm.. sedap sungguh..  menyejukkan tekak kami yg kepanasan dan kehausan dalam kereta ni.. Makan2 dalam kereta setelah kehabisan keropok losong.. hihi.

Tak sabar untuk sampai.. kami dah keletihan.. si pemandu apatah lagi..

Salam sayang. 


Saturday, 15 February 2014

bila anak2 ke sekolah..


Pada malam Jumaat tuari, Hasif  beria-ia mengingatkan cikzann.. supaya mengejutkan mereka adik beradik seawal yg mungkin utk ke sekolah.. katanya , esok kena pergi awal ke sekolah..itu pesanan guru mereka.  ok...




Pagi esoknya..cikzann bangun awal..buat cucur udang yg takde udang... kalau belah kelate disebut jemput malassss. 
kejutkan suami dan anak2 bersiap ke sekolah.. dengan penuh semangat mereka bersiap.. rupanya ada program  Guru Penyayang di sekolah tu..  murid datang awal ke sekolah, akan disambut guru di pintu pagar..

6.40pg- dah kedengaran suara budak2 kg tu ke sekolah berjalan kaki.. mereka melalui depan rumah kami.. apalagi, cikzann minta anak2 bersiap naik kereta.. takut terlambat..

6.45pg- mereka dihantar oleh abah di depan pintu pagar sekolah.. awal sangat sampai, cikgu pun belum sempat bersedia nak sambut..huhu... sian mereka...
excited sangatlah konon anak2 ku ni...



ni sticker yg mereka dapat sebab datang awal ke sekolah..
Harith dan Hasif punya..
seronoknya mereka!! 


siap ditampal sticker tu kat wall rumah.. 

sticker Husna mana???
dia muncung..sedih..
saya lihat sticker dia bewarna pink..
tertulis 'late'..
eh, nape dapat sticker ni..kakak kan dtg skul sama waktu  dengan abg Harith & abg acis?

dia hanya memasamkan muka...
tak tahu nak jawab apa...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Sunday, 29 September 2013

~Weekend yg sibuk / Family Day @ Cherating Bayview Resort~



Arghhhh.. penat masih tak ilang lagi..
Minggu yg sibuk bagi cikzann dan suami. Banyak urusan yg perlu diselesaikan..

Urusan rumah, urusan anak2 & activity skolah mereka, urusan kerja suami dan family day activity diorg ..
Untuk urusan rumah @ Gambang Damai, dalam seminggu  4,5 kali kami kena berulang alik dari Luit ke Gambang. Tak jauh mana, tapi penat ler sket. 

Oleh kerana rumah masih kosong, byk nak kena kami buat.. Ongkosnya pun besar lah..huhu
Cikzann nak cepatkan juga urusan siapkan rumah kecil tiang seribu nih, maka kami decide beli perabot kat kedai  Shanghai saja.. 
Pergh... kat Shanghai ke? hihi.. 
Kedai Shanghai  Furniture tu  kat Jaya Gading Kuantan aje lah..  
_________________________________________

Minggu ni jugak kami ber'family day' di Cherating Bayview Resort dengan family2 rakan sekerja suami..
Anak2 hepi sungguh. Ye la, dah lama tak mandi kolam. Asyik2 mandi kolam plastik kat umah je.. Boringlah. 
Dapatlah juga depa tu mandi kat pantai sambil tengok abahnya memancing..

Terima kasih pada warga SK Seri Makmur atas program ini. Next time buatla lagi.. 
Cikgu cikgi nya pun mesra.. best lah!! wallah!! 

Antara foto yg sempat cikzann snap..  


dua beradik yg berlakon mesraaa..
belakang camera, periuk belanga habis terbang.. 
oh,iye ke?



eh, apasal cubit plak??





suke tengok gambar ni..


i wif cikgu SKSM..


Harapan semoga, program sebegini dapat mengeratkan lagi semangat ukhwah sesama kita..
Walaupun programnyer simple, tapi punyai 1001 pengertian.. 
Inshaa Allah!!





Saturday, 13 July 2013

Ketupat sotong

Ramadhan Kareem, Allahuakram.. 
(Ramadhan yg mulia, Allah lebih mulia..)

Bestla..Ramadhan datang lagi..
Syukur, sebab masih berpeluang mengerjakan rukun Islam yg ketiga tahun ini..

Harith & hasif  turut berpuasa..    
alhamdulillah. tak banyak ragamnya.. 
cuma memang nampak sangat keletihan pada hari pertama.. 
Tak terlambat cikzann nak ucapkan selamat berpuasa pada semua..

Jom kita citer2 pasal menu puasa.. 

Semalam cik hubby beli sotong 4 ekor.. agak besau la. Motip operandi nya, nak suh cikkzann masakkan tupak sotong aka ketupat sotong. . ha.. ni menguji nih..
Jadinya, tetiba je semangat cheff cikkzann datang..
walaupun, tak berapa hebat sangat.. 
sib baik ada pengalaman tengok arwah MIL cikkzann masak. Masakan ni mudah, tak banyak guna bahan.. 

Oke. Kita stat masak. 

First, mesti ada sotong, santan pekat, beras pulut, secubit garam, daun pandan & gula melaka..


Sotong dibersihkan.. beras pulut direndam.

gula melaka, daun pandan..lupa plak cikzann nak snap..
santan beli siap. Tak sempat nak kait kelapa. Hihi.

yang ni, cikzann dah sumbatkan beras pulut yg direndam.. sejam le gitu..
da sumbat pulut, tutup semula dengan kepala sotong.. nak beri kemas, cucuk dengan lidi.
Ada yang rendam/gaul dengan santan pekat dulu..

Pastu, panaskan santan, biar mendidih..
then, masukkan sotong tadi.
Biar lama sikit, agar pulut dalam sotong tadi masak.

Cikzann suka masukkan 3 kuntum  bunga cengkih..

taraa.. ini hasilnya. kalau nak lagi menyerlah warnanya, leh la gunakan gula melaka yg lebih gelap..
agak2 la, banyak sgt kang, manis sgt ..
cikkzan guna dua keping.. tu pun dah manis skit.
Letakkan daun pandan,& sedikit garam..

kurang cantik sikit.. sebab tak potong lelawa dengan pisau.. guna sudu aje.
tak sempat lah.. len kali cikzann buat yg cumel..

selain menu ni, semalam cikzan masak mi goreng 4kg.. 
nak bawa ke surau utk moreh.
turn kami bawa makanan dengan beberapa org lagi..
Seronok plak makan2 moreh ni..
wpun makan tk byk, tapi rasa seronok..
Inilah fadhilat ramadhan..

Bersyukurlah..

Wednesday, 27 February 2013

Rajin ke malas???


Kadang-kadang ai tak pasti, bahawa ai ini seorang yang rajinkah, atau yang tak berapa rajinkah?  tapi bukan malas tahu.. kasar bunyinya perkataan tuh!!

Bila suami ai  tiada di rumah.
ai sediakan makanan seperti biasa untuk anak2. Kira rajin le tu..
Tapi....
ai minta mereka duduk bersama. ai ambil sepinggan penuh nasi.
Keempat2 disuapkan nasi. Mula adik, pastu kakak, Hasif dan abang. Ikut turn memasing.
Lepas habis sepinggan, tambah sepinggan.. hinggalah depa tu kekenyangan!
Kononnya kira macam ibu mithali  bukan?
Padahal si Harith dah darjah 2, si Hasif darjah 1..

Kenapa ai buat begitu ek?
Sebab ai ni malas nak basuh pinggan bebanyak.. ekekeke..
Bila suapkan anak, satu aje pinggan yang ai kena basuh.. 

wah, mudah.
Tang jimat pnggan ni, kiranya malas ke ai????? 
(ai buat ni masa suami ai tkde aje.. bila suami ada, semuanya duduk makan semeja)

Tapi bila difikirkan
ada baiknya juga..
Moga anak akan kasihkan ai hendaknya, sampai bila2..
Ini suapan dengan kasih sayang ai sebagai bonda mereka.

Ai berdoa semoga mereka jadi anak yang soleh dan solehah.. selamat dunia akhirat.


Aminnn.



Wednesday, 13 February 2013

Sehari di Kuala Terengganu



Tajuknya bukan main..macam la sehari di Terengganu tu, 
kami dah pergi macam -macam tempat.

Sehari tu bermakna, kami betul- betul sehari duk melangut, menghabiskan masa dengan duduk, tidur, baring dalam homestay saja..
TV plak dapat channel 1,2,3 je..
Mati kutu..nak tunggu hingga jam 6 petang..
Sib baik bekalan makanan mencukupi..hihi.



Kami sekeluarga singgah di Kuala Terengganu, sebelum ke Kelantan.

Suami pekse di UNISZA sebelah pagi dan petangnya.
Menginap di homestay HADAMI. Ok jugalah..
Harga sangatlah berpatutan..



Empat beradik..yang kadang-kadang memeningkan kepala..


Inilah nama homestaynyer.. Jalan Tok Jembal kalau tak silap.. homestay tiga tingkat..







sib baik cukup towel..almaklumla..anak ramai sangat






Yang ni, tak habis2 dengan gaya ultraman




posing dalam bilik sudahlah ye









Jam 12 tengahari  suami habis pekse, akan bersambung kul 2.30 petang.
Kami keluar ke Pasar Payang jap..cari kain batik sarong Terengganu..
Harga kain kat sini boleh tahan juga.  Takla murah sangat.  Tapi,  asalkan pandai tawar menawar, insyaallah boleh dapat harga yang memuaskan.

Sib baik ler, bole sket2 cakap loghat Teganu..
Bole bebaik ngan makcik jual kain tu..

Destinasi seterusnya kami petang nanti, balik kampung ler..

Semoga kami selamat sampai..
Bazar Tok Guru dah melambai-lambai..


~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, 28 May 2012

Hebatnya Susu Ibu


Salam..

Awal cuti pertengahan penggal persekolahan..kami ke Putrajaya.
 Menginap rumah adik ipar, seorang pegawai di KPDNKK dan pasangannya seorang doktor di Hospital Putrajaya sebelum ke Pandamaran ,Kelang menghadiri majlis pertunangan anak saudara suami.

Adik ipar dan pasangannya a.k.a biras saya, baru aje dikurniakan seorang cahayamata comel.. namanya, Muhd. Azam Al Furqan..katanya, nama sempena filem Indonesia yang femes tu..Ketika Cinta Bertasbih..saya pun minat cite ni..

Buka peti ais... taraaa...



Haaa..tak cukup bekas beli, bekas ini pun jadikkk..


Ini adalah susu ibu. 
Terpegun saya.. banyaknya stok susu yang disimpan oleh doktor sorang ni..  Ia akan menjadi bekalan bayinya bakal ditinggalkan dengan pengasuh setelah memulakan semula tugas nanti.. Sememangnya semua sudah tahu bahawa, bayi perlu disusui dengan susu ibu secara eksklusif sekurang- kurangnya sehingga berumur 6 bulan.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. 
Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. 
Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Apakah kebaikan penyusuan ibu?       
                                                                                                                                          Paling utama ia mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit) yang sangat penting untuk bayi kita,  mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi, mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam , mengurangkan risiko alahan,  mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik , melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga, mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan, mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti,  menggalakkan tumbesaran yang baik , meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik. 

Wah.

Banyaknya khasiat susu ibu untuk anak kita bukan?


Kebaikan penyusuan ibu kepada siibu:


Kebaikan kepada ibu, ia dapat membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan, mengurangkan risiko barah payudara dan ovari,  menjarakkan kelahiran,  mempercepatkan penurunan berat badan,  mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak,  menjimatkan masa dan wang,serta ia sangat  mudah dan tidak perlu  disedia.

InsyaAllah..lahirlah anak kita yang sihat, cergas dan cerdas dari pengamalan susu ibu..


Jika anda masih memikirkan cara penyusuan untuk anak anda, inilah masanya. Semoga anda semua dapat mencuba penyusuan ini untuk anak anda. InsyaAllah, anda akan gembira dan sihat.

Tuesday, 24 April 2012

Selamat Hari Lahir Sayang..

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Ain Husna..
Allah Selamatkan Kamu..

Hari ini, genaplah 4 tahun umur anakku, Ain Husna bt. Mokhtar, 
satu - satunya puteriku.





Ini kek yang ditempah untuk dibawa ke Tabika Kemas Kg. Luit..Seronok betul kakak, pagi ni pergi sekolah tak payah dikejutkan. Senang je bangun.. Semalam, selepas ambil kek, tetiba aje nak urut saya.. Ambil hati ummi lah tu. Tempah sebiji kek aje. Gambarnya banyak mengalahkan beli 5 biji kek.. Kihkih.















Gambar Ain Husna semasa baby..


Ain Husna & abang- abang..


Semasa baru pandai meniarap


Ini Princess Husna

Dilahirkan pada 24 April 2008 di Hospital Miri, Sarawak.
 Cahayamata ke-3 daripada 4 orang..




Selamat Hari Lahir .. 
semoga selamat dunia akhirat.. jadi anak yang solehah.. Didik wanita , terdidik generasi..Cam penah dengar jek!

dari : abah, ummi, abang, abg Hasif dan adik.

Tuesday, 6 March 2012

Tanah Kubur



Tanah Kubur mampu menginsafkan kita..(kalau tak terasa insafnya..mungkin kerasnya hati kita....) Berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Esa.. Ya Allah..Lembutkanlah hati hambamu ini..

Tahniah kepada pengarahnya Rashid Sibir, penerbit  dan  pelakonnya..

Episod  yang lalu..
membuatkan saya mengalirkan air mata..menjadi teladan dan tauladan kepada manusia..

Kisah anak yang derhaka..pada ibu dan pada agamanya. Akhirnya, pembalasan ke hujung nyawa.  Ingatlah manusia..selagi kita di dunia..kita tidak lepas dari di duga.. Jika kita lalai dan alpa.. musnahlah segalanya.

Menitik air mata saya....

melihat babak, air sejuk diminum tapi panas terasa.. Azabnya anak yang derhaka.. menyepak kitab Al- Quran ikut suka..

Di saat saya menaip, bergenang air mata saya..
Saya sentiasa berdoa..  untuk anak-anak saya..   Semoga mereka berjaya, bukan sahaja didunia, tapi di akhirnya juga.. Anak-anak yang berjasa pada agama, pada orang tua dan pada umat Muhammad seluruhnya..

Setiap kali episod Tanah Kubur bermula.. kami akan bersama- sama berkumpul menonton cerita. Semoga kami sama- sama dapat teladan darinya.

Takbir Cinta nyanyian Amy Search juga kena tempatnya.. Mendayu dan membuai rasa.. Moga insaf kan cepat menjelma..

Untuk kami..anak-anak kami..dan umat Islam di dunia..


Thursday, 23 February 2012

Bila dah lambat..


Bila dah lewat bangun pagi...
Semua jadi serba tak kena.. Rasa banyak sangat yang masih tak selesai.. Itu padahnya kalau tak selesaikan kerja awal-awal..

Fuhhh.. tak menang tangan rasanya. Tak tau nak capai yang mana.. 
Rancangan nak siapkan nasi goreng sebagai sarapan anak sebelum ke sekolah juga tergendala. Nasi yang dah masak ditinggalkan begitu sahaja. 

Haru biru rasanya.  Saya bukan jenis orang terdesakkk..maksudnya, jenis tak boleh membuat kerja dalam keaadaan tergesa-gesa.. Sebab tu lah saya pastikan sentiasa bangun awal  seawal 5.00 pagi. 

Lewat bangun ke ni.. senyum aje tu..

Masa tu, saya dapat sediakan sarapan untuk keluarga tersayang saya, saya dapat sediakan baju sekolah anak..
Masa ini juga saya gosok baju.. Saya suka pakai baju yang hangat - hangat lagi tauuu..  

Hari ni, ada Sambutan Maulidur Rasul di sekolah anak. Jadi kena gosokkan baju melayu untuk mereka.. 

Tapi, 
bila jadi lewat macam ni...Haru biru, merah, oren semuanya datang... Saya tak biasa
lambat...
Pagi ni dah la lambat, nak kena singgah petrol pam plakkkk.. kalau tak singgah kang tak sampai saya kat tempat kerja..

Saya memang pemandu berhemah. Hahaha.. jadi,  bila dah lambat, tetap berhemah.. saya memandu macam orang makan angin.. Itu kata-kata  mereka yang selalu memandu belakang kereta saya.  Pandailah korang semuaaaa!!!!!

Tapi, 
saya tengok..orang lain lewat sampai ke tempat kerja ..selamba je..mungkin diorang dah biasa daaa..