Wednesday, 27 February 2013
Rajin ke malas???
Kadang-kadang ai tak pasti, bahawa ai ini seorang yang rajinkah, atau yang tak berapa rajinkah? tapi bukan malas tahu.. kasar bunyinya perkataan tuh!!
Bila suami ai tiada di rumah.
ai sediakan makanan seperti biasa untuk anak2. Kira rajin le tu..
Tapi....
ai minta mereka duduk bersama. ai ambil sepinggan penuh nasi.
Keempat2 disuapkan nasi. Mula adik, pastu kakak, Hasif dan abang. Ikut turn memasing.
Lepas habis sepinggan, tambah sepinggan.. hinggalah depa tu kekenyangan!
Kononnya kira macam ibu mithali bukan?
Padahal si Harith dah darjah 2, si Hasif darjah 1..
Kenapa ai buat begitu ek?
Sebab ai ni malas nak basuh pinggan bebanyak.. ekekeke..
Bila suapkan anak, satu aje pinggan yang ai kena basuh..
wah, mudah.
Tang jimat pnggan ni, kiranya malas ke ai?????
(ai buat ni masa suami ai tkde aje.. bila suami ada, semuanya duduk makan semeja)
Tapi bila difikirkan
ada baiknya juga..
Moga anak akan kasihkan ai hendaknya, sampai bila2..
Ini suapan dengan kasih sayang ai sebagai bonda mereka.
Ai berdoa semoga mereka jadi anak yang soleh dan solehah.. selamat dunia akhirat.
Aminnn.
Labels:
famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment