Sunday 6 July 2014

Moh kita berterawih di Surau Subuh Kg. Luit..



Cikzann dan family berterawih di surau Subuh.. surau yang serba sederhana.. surau kayu yang lama.. Jemaahnya tak ramai.. tidak seperti di masjid yg mempunyai serba kelengkapan.
sebab itulah, walaupun kekadang badan rasa tak sihat, cikzann gagahkan jua diri ini untuk pergi..

Kami berenam selalunya tiba lebih awal sebelum masuknya waktu Isyak.. kerana Hafiy dan Husna perlu mengaji terlebih dahulu. Alhamdulillah, anak2 terang hati belajar dalam bidang agama ini.. walaupun baru berusia 4 tahun, Hafiy sudah petah dan mengenal huruf dengan baik.. manakala dalam usia 8 & 9 tahun, Hasif dan Harith sudah khatam al- Quran sebanyak 2 kali.. Alhamdulillah, ibu mana yg tak gembira melihat anak yg dilahirkan dapat membaca al Quran sebegitu lancar..

04 Ramadhan,  giliran family kami yang membawa makanan moreh setelah selesai  berterawih. Disebabkan kepenatan, dan jatuh pada hari bekerja... maka cikzann masak makanan yang paling mudah dan cepat.. hurmm.. mee goreng.. 6 bungkus kesemuanya. Lenguh jugalah cikzann nak menyiapkannya.
Walau apapun, jika kita melakukannya dengan ikhlas.. Insha Allah, hilang segala keletihan itu.. 


Walaupun kami tak ramai, tetapi suasananya sangat meriah.. 
Syukur ya  ALLAH, semoga mempermudahkan kami melakukan ibadah di bulan penuh kemuliaan ini.
Aminnn..


Udang Goreng Butter / Buttered Prawn

Salam  Ramadhan ..


Menu berbuka puasa 08 Ramadhan tahun ni, salah satunya adalah udang goreng butter. Terima kasih yg tak terhingga kepada tuan empunya resepi yang sedap ini.
First time mencuba, dan alhamdulillah menjadi. Cuma mungkin telur kuning / floss tersebut terlebih garing. Namun ianya tetap sedap dan rangup hinggalah ke waktu bersahur..



Udang Goreng  Butter/Buttered Prawn 
Rujukan :  azlitamasammanis

Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 


Udang
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.  


Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. 

Setelah siap dikeluarkan dari kuali.. 

sedia dihidangkan..



Selamat mencuba!!


Saturday 5 July 2014

Puteri Mandi


Bulan Ramadhan menjengah tiba.. Syukur alhamdulillah kepada Yang Esa, kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini..  Awal puasa dengan kesihatan yang kurang baik, tetapi demi suami dan anak2 tercinta, cikzann gagahkan jua diri untuk memasak..

Untuk puasa hari ke tiga, cikzann teringin betul nak makan kuih puteri mandi atau juga dipanggil kuih kepek hidung..  haha.. apsal ye dipanggil macam tu??

Alkisahnya, ditempat kerja, cikzann dan rakan sekerja Nurul dah berbincang bersama nak buat kuih ini. Dengan penuh semangat, kami berkonvoi bersama ke kedai kelapa di pasar bandar Maran.. membeli kelapa parut, gula kerek, dan tepung pulut.. sambil membeli, kami tak henti2 menghafal dan berbincang resepi kuih puteri mandi ni.. hihi.. seronok pula bila ada yg satu kepala dengan kita..

Resepi Puteri Mandi

1 kampit tepung beras pulut
Kelapa parut RM2
Pewarna
1 cawan gula
1 sk air kapur
2 helai daun pandan
Garam

Cara  :
1.    Campur tepung pulut dengan air kapur & masukkan air sedikit2 hingga tak melekat di tangan. Bahagikan doh dengan warna pilihan. Gentel bulat dan picit ditengahnya.
2.    Masukkan dalam air mendidih. Apabila kuih timbul dipermukaan air, angkat menggunakan penapis teh dan masukkan kedalam bekas yg mengandungi air. 




biarkan seketika, dan toskan apabila ianya sejuk.

3.    Masakkan air, gula, garam. Biar menggelegak dan masukkan kelapa parut. Jangan lupa masukkan daun pandan. Kacau sampai pekat, barulah kuih puteri ke dalam kelapa yg dimasak. Gaul rata.


Kacau rata. perlahan-lahan..


Inilah hasilnya, menu cikzann petang tu..

Satu kampit setengah , dapat diagihkan ke rumah jiran, emak, kakak dan abang..
Sudahnya, tinggal semangkuk kat rumah..itupun tak berhabisan..
Mulut cikzann dan suami je yg merasa.. 
anak2, macam biasa.. 
macam tak terliur aje.


~  Jangan lupa mencuba ~