Tuesday 20 May 2014

Puding Mangga

Ahad lepas, kami ke Pekan Sehari Maran.. hanya Hasif yang dibawa, itupun sebab dia beria2 benar nak mencari jersi bola yang diminatinya.. bukan jersi Pahang, bukan Kelantan (dah ada), bukan Sarawak (susah nak jumpa--- dia anak S'wak) tapi jersi Manchester City.. hehe.

Alkisahnya, cikzann membawa haluan memasing untuk memendekkan masa membeli. Harus segera pulang sebab anak2 dirumah, si Hafiy belum mandi ditinggalkan.

Oleh kerana sekarang musim buah mangga, makanya terasalah kecur liur melihat buah yg bergolek2 tu. Tambahan memang di kepala nak buat puding mangga.. lalu cikzann beli 3kg  dengan harga yg murah RM10. Buah memang manis.. Sampai di kereta, nampak hubby juga membimbit seplastik mangga.. wah, demam mangga la kali ni..






Makanya... buatla puding mangga pada hari tersebut. Resepi mudah dengan menggunakan 3 biji mangga, gula, susu cair.. sampai hari ini, ada lagi baki mangga. Tu pun setelah dihantar beberapa biji pada emak yg memang penggemar mangga..

Wednesday 14 May 2014

WORDLESS WEDNESDAY # 2





Assalamualaikum wrt...

Tanaman tembikai kuning emak..
Seronok lihat buah yg membesar.. N3 kali ni, biarlah gambar yg berbicara..  :)







Monday 12 May 2014

Nasi Dagang Sedap..


Assalamualaikum wrt...

Bermula dengan melawat sebuah belog, yang menyiarkan keenakan nasi dagang asli negeri Terengganu.. membuatkan kecur air liur. Memang cikzann peminat nasi dagang.  Pernah cuba membuatnya, tapi  taklah  sehebat sifu2 nasi dagang yang hebat..

Kelas terakhir sem. 5, kami dijamukan dengan nasi dagang dari Kemaman.  Buah tangan dari abang Man, yang memang  murah hati.. dan sentiasa murah hati.. sangat sedap. Terima kasih daun keladi.

Kali ini dek teruja dengan keenakannya.. cikzann mengambil kesempatan untuk meminta hubby membelikan  rempah nasi dagang, ketika dia ke Kuala Terengganu dua hari lalu. Rempah dibeli di Sabasun Hypermarket.. (kalau tak silap) Orang Kuala Terenggganu tahu tempat  ni..
Hampir 10 peket dibeli, dengan dua jenis rempah berlainan cap.. punyalah berkobar semangat nak memasak..

Hari ini..
kesempatan cuti  Hari Wesak , dipenuhi   projek kukus -mengukus. Beras wangi siam telah direndam sejak malam tadi..  Begitu juga ikan aya/ tongkol telah direbus dengan agak lama dengan asam keping, garam dan gula Melaka.. Projek dimulakan pukul 8.30 pg.. kononnya, menu ni bukan untuk sarapan pagi, tapi untuk makan tengahari.. siap jam 10pg..
Habis lenguh urat2 badan.. tapi hasilnya, mengembirakan.. Inilah rezeki suami dan anak2 cikzann hari ini. Akan dihantar kerumah mak, kakak, dan abang juga..

Bahan-bahan ( Untuk 20 orang makan )

Nasi
10 pot beras wangi siam Birds of Paradise  direndam selama 8 - 9 jam
6 ulas bawang merah mayang halus
1 inci halia dimayang
2 sudu kecil halba
Santan secukupnya
1 sudu besar gula
segenggam garam

Cara-cara memasak nasi:
1.            Beras yang direndam  dikukus sehingga masak (keluar asap), kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair.
2.            Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat, halba, halia, bawang yang dimayang.

Kari Ikan Tongkol aka Aya
2 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama setengah  keret besar nisan, 4 keping  asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih
2 keping legkuas                           kisar
2 inci halia

Lada kisar
Santan secukupnya..
Rempah nasi dagang cap bunga Rose sepeket.

Cara-cara
1.     Tumis bahan kisar hingga garing, naik minyak.
2.     Masukkan rempah nasi dagang yang dibancuh dengan air.
3.     Masukkan santan, bila menggelegak.. masukkan ikan yang telah direbus sebelumnya beserta asam keeping dan perasa..
4.     Biarkan lama di atas api, agar lebih serata rasanya.. dan ikan lebih lembut.
5.     Masukkan cili padi.

Acar mentah:
3 biji timun
1 batang karot
3 biji cili merah besar
2 potong nenas
1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)

Lagi sedap dihidang dengan telur rebus.




tara.. siap dihidangkan..
sedia untuk dimakan..



Syukurlah, beras wangi yang dibeli untuk kegunaan harian berjaya digunakan juga hari ini. Bila dimasak sebagai nasi putih, ianya sangat memuakkan dan agak lembik.. sehingga beras  ini dibiarkan saja oleh cikzann.. anak2 dan suami tak suka, lebih rela makan beras yang murah.. mungkin sebab tekak dah biasa makan beras murah2 je..tak payah nak beras wangi- wangi ni..






Monday 5 May 2014

Bila bunyi guruh di langit ?


Assalamualaikum wrt... 

Setiap tahun, cikzann tak lupa bertanya mak… bila kulat pusu nak tumbuh? Mak kata bila tiba satu musim di mana durian mula berputik, dan guruh berbunyi di langit...  selalunya keluar la kulat pusu. Tapi tahun ni, mungkin disebabkan cuaca panas yang melampau, ntahla akan tumbuh atau tidak..
Bila guruh berbunyi di langit? Ada benarnya.. begitulah selalunya terjadi.
Untuk tahun ni.. bila musim pokok buah berbunga (termasuk pokok durian), cikzann ternanti- nanti guruh di langit.  Lantas terus bertanya lagi, kulat dah keluar dari tanah ke belum. Mak kata, tak ada.. Hampa juga, macam  org mengandung yang mengidam plak lagak diri ini. Hehehe.

Pagi esoknya.. cikzann dan hubby ke Taman Gambang Damai untuk mengemas homestay kami. Melintasi jalan di New Zealand.. wah, ada kulat pusu. Tak berhenti pun untuk membeli, masih mengharapkan kulat pusu fresh dari ladang..haha. yang free la tu, kat rumah mak.

Meneruskan perjalanan, ada lagi penjual kulat pusu di simpang masuk ke Lepar.. eh, takleh jadik nih. Call mak bgtau kulat dah tumbuh.. mudah2an pusu kat rumah mak pun ada.. tapi hampa.
Esok, balik kerja.. tadaaa… wah!!!  rezeki.. sebesen kulat pusu dihantar abang. Terima kasih kerana merealisasikan impian cikzann..huhu. sebaknyer!!

Dah tu, apalagi. Cikzann mengerjakannya.. hubby tak makan banyak.. katanya, makan banyak boleh sakit badan. Tapi cikzann makan oke aje..

masih belum kembang..  lebih manis..
  

berselera tau makan kulat pusu.. mesti masih ramai yang belum dapat rasa makanan mcm ni kan..
sebab, ia tak tahan lama..
dan hanya tumbuh setahun sekali..


Moga, tahun depan bertemu lagi cendawan nih.. feberet ni..

Salam sayang..