Wednesday 27 February 2013

Rajin ke malas???


Kadang-kadang ai tak pasti, bahawa ai ini seorang yang rajinkah, atau yang tak berapa rajinkah?  tapi bukan malas tahu.. kasar bunyinya perkataan tuh!!

Bila suami ai  tiada di rumah.
ai sediakan makanan seperti biasa untuk anak2. Kira rajin le tu..
Tapi....
ai minta mereka duduk bersama. ai ambil sepinggan penuh nasi.
Keempat2 disuapkan nasi. Mula adik, pastu kakak, Hasif dan abang. Ikut turn memasing.
Lepas habis sepinggan, tambah sepinggan.. hinggalah depa tu kekenyangan!
Kononnya kira macam ibu mithali  bukan?
Padahal si Harith dah darjah 2, si Hasif darjah 1..

Kenapa ai buat begitu ek?
Sebab ai ni malas nak basuh pinggan bebanyak.. ekekeke..
Bila suapkan anak, satu aje pinggan yang ai kena basuh.. 

wah, mudah.
Tang jimat pnggan ni, kiranya malas ke ai????? 
(ai buat ni masa suami ai tkde aje.. bila suami ada, semuanya duduk makan semeja)

Tapi bila difikirkan
ada baiknya juga..
Moga anak akan kasihkan ai hendaknya, sampai bila2..
Ini suapan dengan kasih sayang ai sebagai bonda mereka.

Ai berdoa semoga mereka jadi anak yang soleh dan solehah.. selamat dunia akhirat.


Aminnn.



Tuesday 19 February 2013

12 & 19 Februari...


Dalam kesibukan masa skarang nih.. sempat lagi saya meluangkan masa, meringankan jari jemari menaip n3 yang tak seberapa ini..ulang lagi... tak seberapa ini? huhu.

N3 ni, pasal hari lahir anakanda saya yang tercinta, Harith dan Hafiy.. Dua-dua lahir dalam bulan Februari.. Harith pada 12 Februari 2005, manakala sikecil saya pada 19 Februari 2010. Kalau uolls nak tahu, dua lagi anak saya Husna & Hasif pula kedua-duanya lahir bulan April.. hebat perancangan saya bukan? Muehehehehe.

Sambutan hari lahir untuk kami sekeluarga saja. Takde besar- besarpun. 
Hari lahir si abang disambut masa kat kg di Pengkalan Chepa , Kelantan. Sambut dengan atuk, makcik, pakcik dan sepupunya. Beli kek, dan satay..doa untuk kesejahteraan dia, dan ngaaappp. Mudah kan?




susun makanan pun berterabur ..


Hari lahir Hafiy plak kat kg Luit, Maran, Pahang..
Pun buat ringkas aje..nak beri anak gembira...beli kek, masak mi rebus ala mi calong, dan beberapa menu tambahan.. Gembira tul Hafiy dapat kek ultraman.. 
Aturcara...doa untuk kesejahteraan Hafiy, dan ngaaaap.



kek hari lahir Hafiy yang simple, tapi kelihatan dia sgt berbesar hati..suke sangattt.



makan kat bawah je..
tengok saprah tu..baru beli kat Teganu tuari..



sorang2 nya jejaka yang hadir..
nak kenal? whattsap je ..haha..


Semoga anakandaku dapat dibesarkan dengan penuh kesempurnaan.. semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah, yg dapat membahagiakan kami ibu bapanya dan orang Islam lainnya, agama Islam, dan negaranya.
Amin.

Wednesday 13 February 2013

Sehari di Kuala Terengganu



Tajuknya bukan main..macam la sehari di Terengganu tu, 
kami dah pergi macam -macam tempat.

Sehari tu bermakna, kami betul- betul sehari duk melangut, menghabiskan masa dengan duduk, tidur, baring dalam homestay saja..
TV plak dapat channel 1,2,3 je..
Mati kutu..nak tunggu hingga jam 6 petang..
Sib baik bekalan makanan mencukupi..hihi.



Kami sekeluarga singgah di Kuala Terengganu, sebelum ke Kelantan.

Suami pekse di UNISZA sebelah pagi dan petangnya.
Menginap di homestay HADAMI. Ok jugalah..
Harga sangatlah berpatutan..



Empat beradik..yang kadang-kadang memeningkan kepala..


Inilah nama homestaynyer.. Jalan Tok Jembal kalau tak silap.. homestay tiga tingkat..







sib baik cukup towel..almaklumla..anak ramai sangat






Yang ni, tak habis2 dengan gaya ultraman




posing dalam bilik sudahlah ye









Jam 12 tengahari  suami habis pekse, akan bersambung kul 2.30 petang.
Kami keluar ke Pasar Payang jap..cari kain batik sarong Terengganu..
Harga kain kat sini boleh tahan juga.  Takla murah sangat.  Tapi,  asalkan pandai tawar menawar, insyaallah boleh dapat harga yang memuaskan.

Sib baik ler, bole sket2 cakap loghat Teganu..
Bole bebaik ngan makcik jual kain tu..

Destinasi seterusnya kami petang nanti, balik kampung ler..

Semoga kami selamat sampai..
Bazar Tok Guru dah melambai-lambai..


~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday 3 February 2013

Ke Maran Hill Golf Resort lagi..


As salam....

Hi. 
Kami datang lagi.
Kami di sini pada petang Jumaat yang damai. Dengan angin sepoi-sepoi..memang nyaman di sini. Tak ramai orang.. tak bising.. tak riuh rendah.. bagus untuk yang nak enenangkan fikiran. 

Memanglah tak riuh rendah..inikan padang golf. Tempat orang main golf. hehe.


Kelihatan beberapa kumpulan manusia..di tengah padang.. sibuk dengan kayu golf memasing.. 


Rombongan kami berlima..tak cukup sorang lagi..Husna yang entah ke mana menghilang dengan ibu saudaranya. Tentu ralat dia, jika tahu kami ke sini tanpa membawanya.. 


Sampai di puncak bukit, tersergam sebuah kedai makan.. Tamin Sarri Cafe.. Kat situlah kami melepak petang itu... Anak2 gembira.. bagusla tu..




Inilah papan tanda selamat datang dia..




pemandangan sekitar MHGR.. diambil semasa dalam kereta je..  tak de tempat berhenti , sehinggalah kami sampai ke puncak..



 Laluan sepanjang pintu masuk ke puncak bukit.. jadi laluan ramai pen'joging'.
Tempat yang sesuai untuk beriadah.. jangan diganggu padang diorang sudah le.


 Da sampai..
dua beradik yang sempoi..
macam mak dia la tu.


diambil melalui Tamin Sarri Cafe.
menghala ke bandar Maran..
bukan ke da cakap tadi.. kita kan di puncak..
Bandar Maran dapat kita tengok dari sini.. tapi sayup- sayup mata memandang..
Nampak dari sini, chalet yang sungguh cantik & selesa..


tu dia masjid Maran



tengah tunggu order makanan..
hanya segelas milo ais baru sampai..
milo kaw..pekat, melekat..


ini bihun goreng..boleh tahan.. umi punya..




Harith yang kadang -kadang over sket bila bergambar..
belakang tu nampak masjid As Syakirin..


abang & adik yang ohsem



Muhammad Hafiy, baby besar kami.. 



apa makna tu dik, umi tak paham..



Harith & Hasif berkongsi chicken chop. Sedap juga cc kat sini.



Gambar diambil dalam kereta sepanjang perjalanan pulang..
Kami da nak turun da.



Turun bukit..



Ok..bye .. 
nanti..kami datang ambil angin lagi..
Sesape yang nak men golf, jemputlah datang. kat gambar tu pun ada no. phone nyer..
Jom la meriahkan MHGR..