Tanah Kubur mampu menginsafkan kita..(kalau tak terasa insafnya..mungkin kerasnya hati kita....) Berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Esa.. Ya Allah..Lembutkanlah hati hambamu ini..
Tahniah kepada pengarahnya Rashid Sibir, penerbit dan pelakonnya..
Episod yang lalu..
membuatkan saya mengalirkan air mata..menjadi teladan dan tauladan kepada manusia..
Kisah anak yang derhaka..pada ibu dan pada agamanya. Akhirnya, pembalasan ke hujung nyawa. Ingatlah manusia..selagi kita di dunia..kita tidak lepas dari di duga.. Jika kita lalai dan alpa.. musnahlah segalanya.
Menitik air mata saya....
melihat babak, air sejuk diminum tapi panas terasa.. Azabnya anak yang derhaka.. menyepak kitab Al- Quran ikut suka..
Di saat saya menaip, bergenang air mata saya..
Saya sentiasa berdoa.. untuk anak-anak saya.. Semoga mereka berjaya, bukan sahaja didunia, tapi di akhirnya juga.. Anak-anak yang berjasa pada agama, pada orang tua dan pada umat Muhammad seluruhnya..
Setiap kali episod Tanah Kubur bermula.. kami akan bersama- sama berkumpul menonton cerita. Semoga kami sama- sama dapat teladan darinya.
Takbir Cinta nyanyian Amy Search juga kena tempatnya.. Mendayu dan membuai rasa.. Moga insaf kan cepat menjelma..
Untuk kami..anak-anak kami..dan umat Islam di dunia..
No comments:
Post a Comment