Kisahnya agak lucu, tapi saya juga bersimpati kat diaaa.. Ada juga terselit pengajaran...
Di belakang rumah saya tinggal sekarang, ada sebatang jalan yang agak sibuk juga. Jadi laluan penduduk kampung keluar masuk untuk ke jalan raya.. Pagi hari, lagilah sibuk. Ada yang nak ke tempat kerja.... tak kirala kerja gomen ke , kerja swasta ke tak kurang kerja kampung....
Alkisahnya...
nama watak sebenar dirahsiakan..hihi.
nama watak sebenar dirahsiakan..hihi.
satu pagi tu..masa tu bulan puasa... seorang anak muda subuh-subuh lagi dah keluar nak ke kebunnya. Dengan motor RXZ kebanggaannya.. setelah di 'setat' lalu meluncurlah motorsikal anak muda itu dengan lajunya.. Tiba di simpang jalan tu..dalam kabut pagi (atas kecuaian dua -dua pihak, maka berlakulah xcident motor dengan motor. Sama -sama salah.. Bila dah jatuh bergelimpangan ada orang yang datang membantu. Makin lama, makin ramailah orang yang berhenti.. Mujurlah, kecederaan tidaklah parah..luka-luka kecil dan terseliuh je.. adalah pening- pening lalat sikit agaknya....
Itu kisah kesiannya kat anak muda itu.. tapi ada pula cerita lain... selain alatan kebun di atas jalan.. ada juga roti, bekal nasi, ayam goreng .. air milo yang tumpah...(segala macam menu ni ada yang telah ditokok tambah oleh penulis. Sib baek penulis tak masukkan segala macam menu..bubur ayam Mc D ke.. tak keterlaluan lah tu... LOL!!!)
Sambung semula kisah tadi eaa..
Hai si pemuda, bulan puasa ada bekal juga ke?? Anak muda malu bukan main lagi. Kalau boleh nak ditutupnya tumpahan makanan tu. Muka merah padam bukan dek kerana luka xcdent, tapi malu dah tak tertahan..
Sambung semula kisah tadi eaa..
Hai si pemuda, bulan puasa ada bekal juga ke?? Anak muda malu bukan main lagi. Kalau boleh nak ditutupnya tumpahan makanan tu. Muka merah padam bukan dek kerana luka xcdent, tapi malu dah tak tertahan..
Maka jadilah bualan.. bukan aje sakit yang dapat, malu pun dapat.. apo nak di kato..tak dapek den nolong...
Sedey juga lah..anak muda yang dah 20an tu masih tak dapat nak berpuasa, sedangkan anak kecil yang baru 6 tahun dapat berpuasa (tinggal puasa 6 hari, itupun sebab demam). Kami ibu bapa tak paksa..tapi kami bercerita.. tentang nikmatnya orang berpuasa.. Abahnya bercerita tentang tanggungjawab kita pada agama.. Mudah - mudahan..apa yang kami lakukan diberkati olehNya.. Ingat tu, ibu bapa kena ajar anak berpuasa!! Bila dah tua bangka, mulalah liat nak puasa. (amboi, bahasa! geram ni)
Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua. Kepada anak muda.. tak taulah makcik nak cakap apa..(makcik ke? haku muda lagi ..)
Renung- renungkanlah.. bak kata Nabil budak Nogori Sombilan tuh, " lu pikirlah sendiri.."..
Sekianlah adanya....
p/s: Ampun maaf bulan puasa ni kat mana2 individu yang terasa diri dianiaya..tehee.. sekadar untuk teladan..
No comments:
Post a Comment