Hebat benar bunyi tajuk kat atas tu. ..
Baru jer berbasikal 4 hari... boleh ke sehebat dia.. Tak sesuai langsung tajuk itu kan????
Dah lama rasa nak berbasikal.. Cumanya tak ada peluang.. Berbasikal ni salah satu sukan yang sangat bagus...Dapat mengeluarkan peluh.. sekurang- kurangnya ada juga aktiviti menyihatkan yang boleh saya buat. Nak berjogging sorang -sorang segan la pula..
Idea nak berbasikal ni datang semasa harijadi Harith.. Belikan dia basikal baru.. basikal lama masih elok, cumanya... tak sesuai dengan fizikal dia yang dah memanjang tu.. Nampak kaki je bila mengayuh basikal ( tingginya anakku yang sorang tu)
Masa pilih- pilih, nampaklah basikal yang saya suka..(amboi..pilihkan basikal anak, nampak basikal sendiri plak!) basikal yang ada tempat duduk belakang (senang nak gendong anak). ibu mithali bukannn? Awas ye..jika bawa anak. Jangan bawa anak kecil. Walaupun 4 tahun.. bahaya..takut tersangkut kakinya. Kalau tak kena , kita tak tahu.. hati-hati.. (sebab dah kena la saya beri ingatan ni...huaaa....saya kena bebel kat suami..) sib baik takde apa -apa kat Husna . Cuma seliparnya yang terkena kat tayar...
Kemana kitorang ronda?? kat sekitar kampung .. Bessst tau. Ambil angin petang.. Walaupun jalan tak sibuk, tapi kena hati -hati.. budak -budak bawa motor dengan laju..
Saya tak ada kawan nak naik basikal pada setiap petang, jadi dua anak lelaki saya terpaksa menemani saya. Kekadang segan jugalah..saya sorang aje yang naik basikal, sedangkan yang lain budak- budak kecil yang memenuhi kampung dengan basikal masing- masing. Ada juga yang nak berlumba dengan saya..
Amboi budak ni !!
Ingat ye,
keselamatan mesti diutamakan. Pastikan anak-anak kita sentiasa berbasikal dengan betul. Berikan tunjuk ajar kepada mereka .. ( cehhh...macam cikgu BM mengajar bab keselamatan jalan raya..) Hati-hati okeh....
No comments:
Post a Comment