Nak ambil gambar, siap letak dalam pinggan comel.
Sebenarnya, lagi sesuai tempatnya dalam besen aje.. Besen- besen mak kita tu kan banyak!
Pernah makan tak sejenis cendawan ni.. Ia dikenali sebagai kulat tahun. Tapi kalau mak saya dan ore -ore Kelate, ianya dipanggil kulat pusu. Pusu bermakna busut. Busut pula bermakna apa ye? Kalau masih tak tahu juga, buka kamus lah.. Eee.. jangan marah. Busut tu , macam bukit , tapi lebih kecil.. Ala..yang anai - anai suka berkampung tu lah.. kalau orang kampung mesti tahu punya. Len lah orang Key Ell yang tak penah pegi kampung. Mungkin lah dia tak tahu..
Berbalik cerita kulat tahun ni..rupanya comel..warnanya putih..Rasanya? Pergh.. sedap sehingga ke titisan kuah yang terakhir..
Difahamkan, kulat tahun ni, tumbuh tak lama. Bila dah dua tiga hari, takde orang yang mengutipnya, maka, buruklah ia .. Ada orang suka yang kembang, ada plak suka yang tak kembang. Ikut suka memasing lah ye , nak yang kembang ke tak, kan? Selalunya, ia akan tumbuh ditempat yang sama setiap tahun. Tapi, memang betullah.. Saya pernah berpengalaman kutip kulat tahun ni.. Best sangat.. menjerit sakan sebab seronok.. Ahaa... memang over sket bab- bab gini.
yang ni dah dibersihkan. Tunggu nak masak..
gambar yang tunggu nak ngappp..takde la.. biar kecur air liur..
yang ni, dalam proses menyiang.. sebab tu lah, keadaannya agak meriah..
Rupa kulat yang belum mekar.. tapi lagi comel kalau batangnya tak putus..
Kekadang satu busut tu, boleh dapat seguni kulat ni. Memang banyak, terutamanya kalau tempat tu subur. Bagi yang rajin tu.. diorang pergi jual dengan harga paling murah pun RM2 seikat. Tapi, seikat tu mungkin adalah 5 jambak jerk. Harganya boleh tahan, cuma kalau murah tu mungkinla sebab diorang takut kulat tu rosak.. Dari nak untung, kalau rosak, apa yang dapat..
Cara masakan? Sedap digoreng dan juga dibuat sup . Boleh masak yang sesimple gitu sahaja.. tapi tetap menghasilkan masakan yang sedap sangat. Fuh! Puji melambung- lambung .. Rasa manis kulat memang terasa.. Lazat jugak kalau campur dengan pucuk gemungai (ni dalam loghat Kelate) tak tahu lah ore luar panggil apa. Pucuk cekak manis pun baleh digunakan. Rugilah orang yang tak pernah mencubanya. Kalau nak tahu, menurut kata orang, kulat ni hanya tumbuh sekali setahun aje. Sebab itulah ia digelar kulat tahun.
No comments:
Post a Comment