Adakah kita seorang yang sentiasa dibayangi dengan kesibukan? Seorang ahli perniagaankah? Ahli korporatkah? atau mungkin seorang guru yang sentiasa dikekang masa? ataupun seorang surirumahtangga tak habis- habis kerjanya?
Walau sesiapapun kita... masa berharga untuk keluarga perlu disedia.. bukan sebagai masa yang utama.. paling tidak luangkan masa, untuk bertentang mata.. terutamanya untuk anak- anak kita..
Bertanyalah pada mereka, tanda ambil berat kita.. Pegang erat tangannya menunjukkan kita sentiasa bersama. Supaya dia tak terasa jauh, supaya dia sentiasa dalam pandangan kita..
Begitulah adanya.. sesibuk manapun..anak perlu diutama.
Lantaran itulah, hujung minggu yang cuma tinggal sehari, kerana anak bersekolah ganti..kami penuhkan dengan satu- satunya aktiviti, untuk keluarga yang kami sayangi..
Kemana kami..??
Untuk menghilangkan boring, anak kami bawa bershopping.. (oh..tidakkk..ini buat kami lagi pening..) Jadi kami hanya pusing - pusing.. Hahahahaha...
Masa masih lagi pagi.. nak ke Teluk Chempedak matahari tak lama lagi meninggi..baik ke sini tunggu petang nanti..jadi , Taman Teruntum jadi destinasi..
Selamat datang ke Mini Zoo Taman Teruntum
Apalagi..seronok kemain anak-anak kami..
Jom tengok -tengok diorang punya aktiviti..
Setelah berbuai, anak nak berkuda lah pula.. bayar RM5 untuk dua pusingan aja.. tapi asal diorang puas, kami ibu bapa ni..tumpang gembira.. (ewahh..cam pantun -pantun plak)
Jom jalan- jalan ke Taman Teruntum.. Hati bahagia, senyuman menguntum.. semoga kasih sentiasa harum..
Sekianlah adanya...
No comments:
Post a Comment