Husna demam...
Nak kata badan
panas sangat tu tak la jugak.. tapi badannya longlai.
Seharian tak makan. Tak ada selera agaknya.. Mulutnya tertutup
je..bila ditanya, taknak menjawab.. Ain
Husna cahayamata ketiga dan satu-
satunya anak perempuan kami. Empat tahun usianya..
Rupanya, lidahnya sakit..
Lidah yang berwarna kemerahan sebelumnya dah bertukar warna putih. Orang tua
kata sebab panas dalam.. Risau jugak dibuatnya..tapi buat2 cool aje..Jika
dengar cerita orang, kita tak terasa
sangat, tapi bila kita sendiri yang menanggungnya..alahai…risau sesangat sampai
tak lena tidur malam..
Dua tiga hari selepas tu..dia dah beransur pulih..Lega
rasanya..Lidah Husna kembali kemerahan.. Cumanya, sesudah Husna..ada
gantinya..Si kecikku plak yang terkena virus ni..(virus ke ni?) Susah hati
lagi..
Hafiy & kakaknya, Husna
Karenah sikecik lagi
memenatkan. Asyik merengek sehingga kerja tak dapat nak selesaikan.. Terjejas
jugalah rutin harian kami bila anak jadi begini..Susu tak dapat nak
minum..makan tak mahu... bila perut dah lapar..mulalah sekecik meragam..
Sabar je lah… Ini hanya
dugaan kecil yang Allah berikan kepada kami..
Ada insan lain yang lebih besar dugaannya..
Ada insan lain yang lebih besar dugaannya..
Hafiy tidur-tidur ayam..
Syukur juga kerana
anak-anakku mempunyai abah yang pandai menguruskan mereka.. Walaupun dilahirkan bukan sebagai seorang
doktor, tapi bijak dalam menangani anak anak yang sakit..
Masa memberi ubat yang tepat, memandikan anak yang terlalu panas badannya.. semuanya dia yang buat.. Terima kasih buat suami yang menyayangi anak-anakku..(anak dia juga.). Jika anak- anak sakit dia mampu menjaga dengan baik, jika aku demam dia juga mampu meredakan demamku.. tapi jika dia?

Mampukah aku menjaganya… Insyaallah..
Kalau dulu, ketika menetap
di Miri..susahnya kami..Anak sakit, kami menanggung sendiri.. Tiada saudara, cuma rakan yang
menjenguk. Pernah anak kedua patah (retak) tangannya..
Kenangan 2008..Hasif patah tangan..
Susahnya hati kami.. Tapi sekarang sejak kami
berpindah ke kampung halaman di Maran,
Pahang, alhamdulillah.. kami
tak sendirian lagi.. Jika anakku sakit, ada yang tolong jengukkan.. Di sini ada ibu, ada adik, ada kakak yang datang menjenguk..
Jika anakku merengek, ada orang yang bergilir mendukung, ada orang yang gilir menyuapkan ubatnya, ada orang yang bergilir membelainya…
Jika anakku merengek, ada orang yang bergilir mendukung, ada orang yang gilir menyuapkan ubatnya, ada orang yang bergilir membelainya…
Terima kasih kepada
orang di sekelilingku yang banyak membantu dan memberikan kasih sayang kepada
anak- anak kami..
Pagi tadi, sebelum aku ke
tempat kerja, ibu dan kakak sudah bergilir melayan sikecikku yang asyik
merengek.. Terima kasih semuanya..
No comments:
Post a Comment