gambar--GOOGLE
Saya ni bukan ahli nujumpun..cumanya, entri kali ini, kononnya nak berkongsi tentang rahsia tahi lalat yang melekat kat badan -badan korang semua.. Sama ada ia benar atau sebaliknya, janganlah kita terlampau taksub untuk percaya pula. Kalau sekadar suka-suka, apa salahnya. Tapi, setiap kejadian tuhan tu tentu ada rahsia disebaliknya.
Tentu seronok kan , kalau tahi lalat korang tu, memberi makna yang baik.. Ni dapat melalui pembacaan..jadi apa salahnya kita kongsi. Sharing is caring...
1. Atas kepala---- bijak @ kreatif
2. Ubun- ubun kepala-------Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Kepala ( kanan)---------- Terkabul cita-cita
4. Kepala (belakang) --------------Baik, jujur, rajin
5. Bibir atas kanan-----Murah rezeki, bijak
6. Bibir atas kiri------------Disenangi orang
7. Bibir bawah kanan------- Berhemah dan disukai orang
8. Bibir bawah kiri ------------- Petah berkata-kata
9. Dahi----------Mempunyai kelebihan yang tersembunyi tetapi banyak iri hati.
10. Bulu kening kiri---------Menarik tetapi banyak dugaan mendatang.
11. Bulu kening kanan--------Cerdas, seorang yang berjaya.
12. Bawah mata---------Sensitif
13. Hidung-------Disukai ramai. Murah rezeki, tetapi mudah dapat penyakit berkaitan hidung.
14. Pipi kiri / kanan------Ego yang tinggi dalam perhubung
15. Telinga-------Keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain.
16. Tengkuk---------Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
17. Bahu kiri------------Kurang bernasib baik mencari rezeki, tidak disenangi.
18. Bahu kanan------------Banyak tanggungan. Dicemburui.
19. Dada------------Mudah mempercayai orang.
20. Betis----------Murah rezeki, hidup gembira.
21. Kaki----------Menandakan seorang yang suka berjalan @ buat aktiviti luar.
22. Dagu bawah kanan---------Jujur dan baik hati.
23. Dagu bawah kiri------------Bijaksana, dan berbudi luhur.
24. Tangan kiri---------Dipermudah rezekinya.
25. Tangan kanan---------Pemurah dan juga boros dalam berbelanja.
Eh, dah jumpa makna tahi lalat korang? Seronok la tu..seronokla tu..
No comments:
Post a Comment