Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru 2013


Pagi 16 Mei, Hot FM ada pasang lagu,  Kami Guru Malaysia..

Ntah nape ntah tetiba aje rasa tacing sangat.. cam nak meleleh air mata.. tak taula, terharu ke,  sebak ke... bukannya lagu sedih pun..
Mungkinkah sebab usia dah semakin tua ni, aku jadi semakin sensitif??? huhu
Di kesempatan ni, aku nak juga ucapkan Happy Teacher's Day buat semua guru di seluruh dunia.. haha.
Buat guru yang pernah mengajar aku yang degil ni, terima kasih cikgu.. budimu akan ku kenang selamanya..

Ramai  cikgu yang menabur bakti untuk aku yg tak seberapa ni..
Cikgu pertama aku.. cikgu masa aku sekolah tadika, cikgu Aminah bt. Othman (Tadika Kg Luit)..
(skang dia duk ajar anak2 aku pula)

Cikgu Mardhiah (SMK Maran), cikgu aku yang paling cun, bertudung labuh. Masa tu aku sekolah menengah..lawa giler, kalah Dato Siti tau!! Tak tipu ok!!

Cikgu Zulkifli Baharuddin (SK Ulu Luit), cikgu BI aku masa aku ambik UPSR.. 
bengkeng betul!! semua  muridnya  dah makan pelempang dia tau.. aku kena tak kuat sangat, sebab aku baik sket dari yang lain (?)..
 tapi aku redha..

Cikgu Razi (SMK Maran) yang tersangat garang, semua kecut perut bila dia masuk kelas..tapi,   dia kata bila membaca , suara aku macam Wan Zaleha Radzi.. so dia baik dengan aku.. ceh!! (kembang kempis hidung aku masa tu)

Cikgu Zakaria (SMK Maran) juga memang garang.. Masa tu aku upper six.. tapi yang bestnya, 
Sastera STPM  aku  dapat  'A'. 

Banyak cikgu aku sebenarnya..tapi bila difikirkan.. cikgu yang garang juga yang mudah aku ingati.. tapi diorang tu garang bertempat.. takpe.. aku tak kisah pun.

Bila aku jadi cikgu....
Ada seorang anak murid bangsa India..  budak darjah satu di Sek. Keb. Seri Serdang, Selangor ..
dia suka sangat kat aku, selalu aje dia beri aku hadiah. Sampai aku sendiri pun tak tahu , hadiah sempena hari apa... 
dia panggil aku cikgu cantik..mak ai..syahdunya..huhuhu.. 
terharu aku sampai tak terucap dengan kata- kata..bhahahaha.. rasa nak ketawa kuat-kuat.

dan sekarang, bila dah ada anak2, 
untuk sambutan teachers day ni, aku dah sediakan gift untuk 3 orang anak yang dah bersekolah..
ofkos untuk cikgu- cikgi tersayang  lah..
setiap cikgu yang ajar diorang nih, aku dah  sediakan hadiah.. tak mahal pun, tapi ianya  tanda ingatan kepada mereka yang ikhlas mengajar anak2  aku.. tak ke gitu.. yang penting ikhas dari hati.. aku ulang kata -kata chef Joe dalam Masterchef tu..ikhlas dari hati..

Hadiah dari Muhammad Harith, Muhammad Hasif dan Ain Husna







Akhir sekali,
Selamat Hari Guru buat semua guru..
Budi kalian, hanya Allah yang dapat membalasnya.


No comments:

Post a Comment