Friday 16 January 2015

Anugerah Terindah

Assalamualaikum wrt.. 

Syukur Alhamdulillah, terasa bagaikan bermimpi. Setelah menanti selama 39 minggu 3 hari, kami sekeluarga  dianugerahkan hadiah paling indah.. hadiah tahun baru 2015  kami yg paling berharga iaitu kelahiran baby Hadif melalui kaedah pembedahan ceasarean.. kenapa tidak bersalin normal seperti anak2 yg pertama, kedua, ketiga dan keempat? Hanya DIA yang maha mengetahui..

Rentetan sakit2 yg cikzann rasakan dalam minggu tersebut, menyebabkan cikzann menyerah diri ke Klinik Kesihatan Maran pada 06 Januari 2015.. dengan harapan bila diperiksa, ada tanda cikzann akan segera bersalin. Cikzann diminta pula segera ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)..oleh kerana bukaan baru mencecah 2cm, adik mencadangkan tidur dirumahnya yg hanya 5 minit ke hospital..

Jam 7 pagi 07 Januari 2015 , cikzann mendaftar diri di dewan bersalin HOSHAS. Setelah menanggung kesakitan yang agak lama, serta memikirkan keselamatan baby dalam kandungan, cikzann diminta  melahirkan dengan menjalani pembedahan ceasarean.. 

Alhamdulillah, jam 11.15 pagi, sidia selamat dilahirkan..
Dinamakan Muhammad Hadif bin Mokhtar pada hari ke-7 kelahiran.  

Syukur kerana Hadif bebas dari jaundis.. berkat minum jus delima dan mengamalkan sesudu madu  setiap hari agaknya.. Tali pusatnya masih belum tercabut di hari ke 10 ini.. 
Muhammad Hadif dalam kandungan, 29weeks masa ni.


Sama ke tak, gambar masa scan dengan baby di alam nyata??


Nama                 :           Muhammad Hadif bin Mokhtar
Tarikh Lahir      :           07 Januari 2015 / 16 Rabiul Awal
Masa                 :           Jam 11.15 pagi
Tempat Lahir    :           HOSHAS
Anak ke             :           5


 Surat beranak Hadif yang didaftarkan pada 13 Januari 2015 di Pejabat Pendaftaran Maran, Pahang







Umur 1 hari

Hari kedua kelahiran.. masih di wad. Bila bersalin czer ni, sekurang2nya 3 hari la kena tahan wad. Baby pun dah tunjuk muka tak sabar nak balik eaa..

yang ni dah kat rumahku syurgaku.. kulit bby yang mengelupas makin jelas kelihatan.. Kulitnya mengelupas seawal hari dilahirkan lagi.. cam budak lebih hari je



Kelahiran bby Hadif adalah hadiah untuk umi yang sangat bermakna.. tiada hadiah lain lain yang setanding.. semoga membesar menjadi anak yang soleh, yang dapat membahagiakan umi, abah, dan keluarga yang lain dunia akhirat..
Kami sayang adik Hadif..





No comments:

Post a Comment